Apa Itu Khat ?

 



سجاره ريڠکس خط -
سني خط برمولا سجق زمان اول تمدون عرب ٫  سبلوم برکمبڠ ڤست سلڤس کداتڠن إسلام .  ڤد ايرا کأمسن إسلام ٫  خط منجادي ميديا اوتام  دالم مڽيبارکن علمو ٫  منوليس مصحف القرءان ٫  مڠهياسي مسجد ٫  ايستان  دان مانوسکريڤ

ستياڤ ݢوريسن دالم خط بوکن هاڽ تنتڠ بنتوق  —  ايا ممباوا مقصود سڤيريتوال ٫  ملامبڠکن کسوڠݢوهن دان کتليتين سأورڠ مسلم دالم منظاهيرکن کأيمانن ملالوءي توليسن

Sejarah Ringkas Khat

Seni khat bermula sejak zaman awal tamadun Arab, sebelum berkembang pesat selepas kedatangan Islam. Pada era keemasan Islam, khat menjadi media utama dalam menyebarkan ilmu, menulis mushaf al-Quran, menghiasi masjid, istana, dan manuskrip.

Setiap goresan dalam khat bukan hanya tentang bentuk — ia membawa maksud spiritual, melambangkan kesungguhan dan ketelitian seorang Muslim dalam menzahirkan keimanan melalui tulisan.





جنيس٢ خط ڤوڤولر -
: دالم دنيا سني خط ٫  ترداڤت ڤلباݢاي ݢاي اونيک .  انتارا يڠ ڤاليڠ دکنلي اياله 

نسخ :  دݢوناکن دالم مصحف القرءان ٫  موده دباچ  

ثلث :  ݢاي بسر دان ملڠکوڠ ٫  باڽق دݢوناکن اونتوق هياسن مسجد  

ديواني :  توليسن برݢاي ايکسکلوسيف زمان تركي عثمانية 

رقعة :  توليسن ڤانتس ٫  بياسا اونتوق چاتتن هاري  

کوفي :  ݢاي توليسن کوتق ٫  کلاسيک دان ساڠت برستروکتور

 
Jenis-Jenis Khat Popular

Dalam dunia seni khat, terdapat pelbagai gaya unik. Antara yang paling dikenali ialah:

  • Nasakh: Digunakan dalam mushaf al-Quran, mudah dibaca.

  • Thuluth: Gaya besar dan melengkung, banyak digunakan untuk hiasan masjid.

  • Diwani: Tulisan bergaya eksklusif zaman Turki Uthmaniyah.

  • Riq'ah: Tulisan pantas, biasa untuk catatan harian.

  • Kufi: Gaya tulisan kotak, klasik dan sangat berstruktur.



 ❗اوجي ڤڠتاهوان اندا تنتڠ خط

Uji Pengetahuan Anda Tentang Khat!

🔥 Dah baca? Sekarang masa untuk uji minda! Klik link ini atau scan QR di bawah!




Comments

Popular Posts